Satu hakikat yang harus diakui bahawa al-Ghazzali telah berjaya melakukan satu bentuk anjakan paradigma dalam bidang Mantik dengan mengemukakan beberapa ideanya dalam bidang tersebut sesuai dengan pemikiran masyarakat Islam pada zamannya. Kitab al-Mustasfa yang dihasilkannnya bukan sahaja sebuah karya Usul al-Fiqh semata-mata, malahan juga adalah sebuah karya ilmiah yang cuba untuk memertabatkan Mantik sebagai suatu disiplin ilmu ‘alat’ yang terasimilasi di dalamnya unsur-unsur ilmu Islam. Hal ini menggambarkan ketokohannya yang sebenar dalam bidang Mantik. Memang seseorang yang berketokohan dalam sesuatu lapangan ilmu, bukan sahaja mengulang-ulang apa yang telah diperkatakan oleh tokoh sebelumnya, malah mampu mempersembahkan idea-idea bernas dalam sesuatu lapangan ilmu pengetahuan.
Menurut kelazimannya, semua kaedah Mantik yang dibahaskan oleh ahli-ahli Mantik pada dasarnya adalah sama antara satu sama lain. Ia hanya membahaskan kaedah-kaedah berfikir yang tidak terkeluar dari dua persoalan besar Mantik iaitu al-tasawwurat dan al-tasdiqat[1]. Begitu juga dengan apa yang dibahaskan oleh al-Ghazzali dalam semua karya Mantiknya.
Dr Mohd Fauzi merupakan Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM. Lulusan PhD dari UM dan turut menjadi pakar rujuk kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Sarawak. Saya juga turut terlibat dalam projek terjemahan Al-Quran Al-Munir (karya asal Dr Wahbah Zuhayly). Dr Mohd Fauzi bersama penterjemah lain telah menterjemah Juzuk 29. Lagi.